KUALA LUMPUR:Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Pengerusi, Pengarah Urusan dan Penerbit Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, pelantikan Rozaid dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menerajui media cetak dan digital serta sikap keterbukaannya.
"Harapan saya, beliau boleh membawa dan memimpin Sinar Harian ke peringkat yang terbaik, menjadikan Sinar wadah suara rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mempunyai pengalaman selama 36 tahun dalam industri media, Rozaid bakal bertanggungjawab mengurus merancang kandungan edisi cetak Sinar Harian serta kandungan platform digitalnya.
Rozaid, 56, sebelum ini merupakan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star.
Beliau menggantikan Allahyarham Datuk Baharom Mahusin yang meninggal dunia November lalu.
Kerjaya Rozaid bermula di Utusan Malaysia sebagai pemberita kadet pada April 1984 dan seterusnya pada 1992, beliau dilantik sebagai Ketua Pemberita Kumpulan Utusan dan dua tahun selepas itu dilantik Pengarang Berita.
Kemudiannya beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan selepas itu Menteri Pengajian Tinggi.
Seterusnya pada 2009, Rozaid kembali menyertai industri media sebagai Pengarang Bersekutu dan kemudian Pengarang Eksekutif The Star, memegang tanggungjawab antara lain membangunkan platform digital bahasa Malaysia, mStar Online.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, Rozaid pernah menemuramah secara eksklusif Perdana Menteri Thailand, Perdana Menteri Malaysia dan juga Yang di-Pertuan Agong, selain membuat liputan Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan Pergerakan G-20 di Senegal, Afrika.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Pelantikan Rozaid dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menerajui media cetak dan digital serta sikap keterbukaannya. - Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Pameran Palet Budaya: Interaksi seni & Gastronomi
Makanan dan seni visual mungkin kedengaran agak janggal untuk disatukan, tetapi itulah keunikan Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
Ikuti bingkisan disediakan penyampai AWANI Pagi, Azib Zikry dalam membedah karya-karya unik, khazanah seni negara.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Mei 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry;
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian
Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.